Sunday 7 April 2013

Hikmah disebalik segalanya~



Assalamualaikum WBT.

semoga Allah meredai kita semua.
terfikir nak kongsi apa untuk entri kali ni.
Ana rasa nak kongsi banyak perkara sampai bingung nak kongsi yang mana satu.
jadi ana nak kongsikan 13 perkara yang sangat berguna dan mempunyai mesej yang tersendiri.
Ana nak kita semua manfaatkan apa yang ana nak kongsi ni...
In shaa Allah~
akan beri ilmu yang bermakna buat kita semua. ^^


  1. Jadikan yang tebal itu iman, yang nipis itu lidah, yang tajam itu akal, yang lembut itu hati, yang ringan itu solat, yang halus itu suara, yang luas itu ilmu dan yang manis itu senyuman.

  1. Jika doamu dimakbulkan, itu tandanya ALLAH menyayangimu. Jika doamu lambat dimakbulkan, itu tandanya ALLAH mahu mengujimu dan jika doamu tidak dimakbulkan, itu tandanya ALLAH merancang yang terbaik untukmu.

  1. Ukhwah antara kita bukan persis sekuntum bunga tetapi persis untaian tasbih. Ada awal, tiada penghujung. Dibentuk untuk mengingati-Nya, dicantum kerana cinta-Nya, dan diratib semata-mata kerana redha-Nya.

  1. Dalam aku mencari redha-Mu, jiwaku perlu pada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku indah dengan nikmat Islam tapi bagaimana harus aku merasai semua itu tanpa bimbingan seorang teman yang mampu menjadi mursyid pada diriku menuju ke sisi-Mu ALLAH…Hadirkanlah dia dalam perjalanan hidupku…

  1. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu. Ya ALLAH, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu. Ya ALLAH, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu. Ya ALLAH, jika Kau halalkan aku merindu kekasih-Mu, janganlah rinduku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

  1. Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah. Beramar ma’ruf nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya adalah sedekah dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat adalah sedekah – At Tirmizi dan Abu Dzar.

  1. Tiada seorang pun pada setiap harinya melainkan dia sebagai tamu dan hartanya sebagai pinjaman. Tamu harus berangkat meninggalkan tempat, sedangkan pinjaman harus segera dipulangkan. – Abdullah b. Mas’ud.

  1. Cantik wanita kerana kejernihan wajah, manis wanita kerana senyuman, ayu wanita kerana kesederhanaan, hebat wanita kerana kesabaran, mulia wanita kerana keimanan.

  1. Biar rebah jangan berubah. Biar terbuang, terus berjuang. Ujian adalah tarbiyah daripada ALLAH. Semakin dekat bahtera diri kepada-Nya, semakin kuat rebut taufan melanda.

  1. Barangsiapa yang mengumpulkan enam perkara, nescaya ia mencari syurga dan meninggalkan neraka, iaitu pertama ; ia mengenal Allah lalu mentaati – Nya. Kedua ; ia mengenal syaitan lalu mendurhakainya. Ketiga ; ia mengenal kebenaran lalu mengikutinya. Ke empat ; ia mengenal yang batil lalu menjaga diri daripadanya. Kelima ; ia mengenal dunia lalu menolaknya. Ke enam ; ia mengenal akhirat lalu mencarinya. (Ali R.A)

  1. Nabi Sulaiman diberikan pilihan sama ada untuk memilih kerajaan, harta atau ilmu. Lalu baginda memilih ilmu, maka diberikan kepadanya harta dan kerajaan.

  1. Juallah duniamu demi akhiratmu. Nescaya engkau akan beroleh keuntungan pada ke duanya. Janganlah engkau jual akhiratmu demi duniamu. Nescaya engkau akan merugi pada ke duanya.( Lukman Al – Hakim)

  1. “Wanita-wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki-lelaki yang buruk itu untuk wanita yang buruk sedangkan wanita-wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik” surah An-Nur ayat 26.


    Rayyan's Blog

2 comments:

  1. Assalammualaikum. Keep forward on your blog. Can't wait on the next post. ^_^

    ReplyDelete
  2. thank you~
    hope it will be useful to all of us.. ^___^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...