Saturday 31 March 2012

CINTA PADA YANG SATU!!!



cinta??
semua orang perlukan cinta...
sedangkan bayi yang masih kecil pun perlukan cinta dari ibu bapanya.

namun jika kita yang sudah boleh berfikir, wajarkah kita mencintai seseorang melebihi maha Pencipta??
cinta bagaimana yang boleh membuatkan kamu tenang??
cinta yang selalu ada dalam hati kita terbit daripada nafsu yang dibisikan olah syaitan yang sengaja mahu menyesatkan manusia. 

apa yang berada difikiran saat kta memikirkan erti cinta dan perasaan cinta yang macam mana boleh menjamin kebahagiaan kita??

carilah cinta Allah...
cinta Allah akan membahagiakan kita...

menjamin hidup kita tidak kira di dunia atau di akhirat....
Allah itu satu...
Maha Pengasih lagi Maha Penyayang....
Cinta Allah sentiasa memberikan ketenangan...
malah dalam percintaan yang terjalin tidak pernah adanya perkataan 'bertepuk sebelah tangan'
Allah sentiasa membalas cinta kita dengan pelbagai cara yang indah dan penuh keredhaan....

Maha Suci Allah.....


Rayyan's Blog

Friday 30 March 2012

KEKURANGAN

 

setiap manusia mempunyai kekurangan sendiri dan perlu kita ketahui hidup yang sementara ini perlu diisi dengan ilmu yang cukup untuk kita sentiasa bersedia bila berpindah ke alam yang berbeza.

PEDOMAN HIDUP~

redalah dengan apa yang anda perolehi,terimalah pemberian Allah apa adanya.
lupakan angan-angan yang tidak sesuai dengan yang anda usahakan dan diluar kemampuan.

"Allah akan mengampuni apa yang telah berlalu"



kita tidak perlu menjadi sempurna untuk hidup bertakwa kepada Allah kerana tiak ada manusia yang bersifat sempurna. Allah itu maha adil. kekurangan yang kita miliki telah pun disembunyikan dengan kelebihan yang ada pada diri kita. mencari redha illahi itu akan menjadikan kekurangan kita semakin kelihatan dan sentiasa mengajar kita untuk muhasabah diri. namun kelbihan kita membuatkan kita rasa diri kita adalah insan yang sempurna hinggakan diri menjadi bongkak dan riak.


Firman Allah yang bermaksud;

"ketahuilah, sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas, apabila ia memandang dirinya serba cukup"

Rayyan's blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...