Tuesday 25 June 2013

Menghitung Hari....

Assalamualaikum WBT.
 hah???
apa yang nak dihitung???
hari apa???

RAMADAN dah nak tiba laa...
persiapan da buat..?? tak sabar nak menantikan bulan yang mulia ni. Bulan RAMADAN adalah bulan tempat kita beribadah sebaik mungkin.
Apa diantara kemuliaan bulan RAMADAN??? nak tahu???

1. Syahrun 'Azheem (Bulan Yang Agung)
'Azheem adalah nama dan sifat Allah Ta’ala. Namun juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan oleh Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai hikmah yang amat besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah karena Allah juga mengagungkan bulan ini.

Firman Allah: “Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka itu datang dari hati yang bertaqwa.”
Diagungkan Allah kerana pada bulan inilah Allah mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang menetapkan dan mensucikan bulan ini kemudian memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepadaNya.


2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Bulan ini penuh dengan barakah. Detik demi detik di Bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman. Kerana semua perbuatan kita di saat berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung daripada Allah Ta'ala. Amalan baik sekecil manapun, nilai pahalanya pasti akan dilipatgandakan.

Keberkatan Ramadhan sebagaimana dinukilkan oleh Rasulullah SAW secara garis besar terbahagi kepada tiga bahagian:
1. 10 malam pertama (awal Ramadhan) dipenuhi dengan rahmat Allah.
2. 10 malam berikutnya diisi dengan keampunan (maghfirah) daripada Allah Ta'ala.
3. 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia daripada api neraka.
Keberkatan yang Allah ganjarkan ini akan lebih dirasai andai kita mampu mentadbir waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana tauladan Rasulullah SAW di dalam sirahnya.



3. Syahru Nuzulil Quran (Bulan Diturunkan Al-Quran)
Allah mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan target terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup. Firman Allah dalam rangkaian ayat berkenaan puasa: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)

Ayat di atas menjelaskan bahawa target utama amalan di bulan Ramadhan adalah untuk membentuk insan taqwa yang menjadikan Kitabullah Al-Quran sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat juga dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran.


4. Syahrus Shiyaam (Bulan Berpuasa)
Pada bulan Ramadhan dari awal sehingga akhirnya, kita menegakkan satu daripada 5 rukun Islam yang sangat penting, iaitu puasa. Kewajipan berpuasa adalah sebagaimana kewajipan ibadah solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seorang muslim memfokuskan diri untuk ibadah puasa. Puasa Ramadhan dilakukan setiap hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari (Maghrib). Bukan sahaja kita berpuasa daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi wajib juga kita membangunkan akhlaqul karimah di dalam diri kita di samping meninggalkan perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang makruh.



5. Syahrul Qiyam (Bulan Beribadah Malam)
Bulan Ramadhan mengghairahkan umat Islam yang beriman untuk menjalankan amalan orang-orang soleh seperti solat tahajjud dan membaca Al-Quran pada waktu solat malamnya. Islam mengisyaratkan bahawa untuk mendapatkan ketinggian darjat dan kelebihan Ramadhan, setiap mukmin digalakkan untuk bersolat tarawih, menunaikan solat-solat sunat yang lainnya, menghidupkan sepertiga malam, dan juga melazimkan diri dengan tadarrus al-Quran, semoga kesemua amalan baik itu akan dapat diteruskan pada bulan-bulan selain dari bulan Ramadhan juga.



6. Syahrus Sobr (Bulan Kesabaran)
Bulan Ramadhan melatih jiwa muslim untuk sentiasa bersabar, tidak mengeluh dan tahan dengan ujian duniawi. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan rohani dan jasmani. 



7. Syahrul Musawwah (Bulan Persamaan)
Ramadhan menjadi bulan persamaan bagi orang-orang yang beriman dan sedar sepenuhnya bahawa puasa mendidik mereka untuk sama merasai bagaimana faqir miskin merasakan lapar dan dahaga dalam kehidupan seharian mereka. Kerana itu kita selayaknya menanam sifat pemurah dan dermawan bukan sahaja di bulan Ramadhan ini.

Segala amal yang berkaitan dengan amwal (harta) seperti zakat fitrah, sedekah, infaq, waqaf, dan sebagainya, bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan di bulan yang mulia ini. Memberi meskipun dengan jumlah yang sedikit, ia memberi nilai besar di sisi Allah. Siapa yang memberi makan minum pada orang yang berpuasa meskipun hanya seteguk air, berpahala puasa seperti yang diperoleh orang yang berpuasa.


8. Syahrun Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Ditambah Padanya Rezeki Orang Mukmin)
Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerena segala kemudahan dan keberkatan dibuka oleh Allah seluas-luasnya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah dan nikmat pahala Allah kepada hamba-hambaNya yang dilipatgandakan pada bulan Ramadhan ini.

Sunday 23 June 2013

4 PERKARA




Assalamualaikum warahmatullah...
4 perkara ini mungkin berguna bg kita dlm memperbaiki diri.. setiap kita ada kelemahan dan sekiranya kita cuba untuk memperbaiki kelemahan ini kita adalah tergolong dlm org yg berani..alamat-alamat di bawah mencerminkan di mana kita, semoga kita menjadi insan yg hari esoknya lebih baik dr hari semlm, insya-Allah..


 


4 ALAMAT ORANG CERDIK
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan, dan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain


4 ALAMAT ORANG BERIMAN
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Teliti menjatuhkan hukuman


4 TANDA ORANG BERAKAL
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya


4 ALAMAT ORANG RENDAH
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan


4 YANG MENIMBULKAN CINTA
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik


4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih




4 SEMPURNA DENGAN 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan takwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 MACAM PERCARIAN
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal


Wallahualam 

Rayyan's Blog~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...