Tuesday 12 November 2013

ASSALAMUALAIKUM ^^

Assalamualaikum..
lamanya ana tak update blog ni.
bukan malas tapi sibuk dengan pelajaran dan penilaian untuk sem ni. Untuk pembaca blog ana, ana minta maaf sebab tak dapat nak update apa-apa kebelakangan ni.
Untuk adik-adik yang sibuk dengan peperiksaan SPM tu selamat berjaya.

Hari ni ana nak cerita soal perhubungan yang wujud dikalangan umat manusia sekarang. perhubungan yang macam mana yang Kalian impikan? Ana juga manusia biasa. Ana selalu berdoa agar mendapat jodoh yang baik-baik.
Ana yakin semua orang begitu. Persoalannya biarpun kita berdoa hampir setiap saat, adakah akan termakbul doa itu??
bila ada kesukaran dalam perhubungan rujuk semula hubungan kita dengan yang Maha Pencipta. sempurnakah hubungan itu?? terjagakah Hubungan itu?? 
sahabat,
seandainya hubungan kita dengan yang Maha Pencipta itu terabai macam mana nak jaga hubungan kita sesama manusia??

Bila kita amati, kes yang selalu kita dengar adalah kes penceraian. alasannya tidak sefahaman.
bila kita lebih pentingkan kehidupan dunia tanpa memikirkan akhirat kita akan tewas dengan bisikan syaitan. mengapa tidak sefaham dijadikan alasan untuk bercerai?
ana sedang mengingatkan diri ana bukan untuk mengata sesiapa. Ada juga kita dengar perkahwinan yang hanya bertahan selama seminggu.
seminggu??? atas dasar apa sebenarnya pernikahan itu dilansungkan?

maaf sekiranya apa yang tercoret menyinggung perasaan sesiapa. siapalah ana untuk menilai sebuah perhubungan yang tidak berkait lansung dengan hidup ana. Ana cuma tidak mahu pernikahan yang suci dipermainkan seolah-olah itu hanya satu hiburan.
Sahabat,
seandainya hubungan kita dengan ALLAH SWT tidak dijaga begitu yang terjadi dengan hubungan kita sesama manusia. nukilan ini ana dapat dari seorang hamba Allah. moga mampu menarik hati para pembaca untuk menghayatinya.



...Bismillahirrahmaanirrahim...

Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut padaMu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan Mu..

  
Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu,
janganlah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah ,
jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku
tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki
dan rindu abadi
hanya kepadaMu....

...Amin..... 



Rayyan's Blog
 


Tuesday 30 July 2013

DOA MALAM LAILATUL QADAR

Assalamualaikum WBT...
10 malam terakhir ni apa kata kita perbanyakkan amal dan mencari keredhaan ALLAH SWT.
sesungguhnya kita ini adalah pengemis cinta ALLAH SWT.^^




Rayyan's Blog~

Sunday 21 July 2013

TAZKIRAH RAMADAN



Assalamualaikum wbt.
Selamat berpuasa~ ^^
dalam menjalankan jihad kita ni banyakkan bersabar ya...

Dari pada termenung jauh baik baca tazkirah ni. Ada juga pengisian di bulan Ramadan ni.


Bulan Ramadhan adalah bulan yang diturunkan seribu rahmat oleh Allah S.W.T kepada manusia untuk memperbanyakkan amal soleh. Selain dari kewajipan berpuasa di siang hari, Rasulullah S.A.W juga menganjurkan supaya kita dapat mengerjakan solat terawih sepanjang malam bulan Ramadhan. Terawih juga membawa maksud ‘bersenang-senang atau duduk istirehat’. Jadi solat terawih itu dilakukan secara bersenang-senang di setiap malam bulan Ramadhan. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sabdanya yang bermaksud :



Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Arsulullah S.A.W bersabda: ‘Barangsiapa yang mengerjakan ibadat dan beriman dan perhitungan di bulan Ramadhan diampuni Allah dosanya yang telah lalu’.
Riwayat Bukhari dan Muslim


Di dalam sabdanya yang lain maksudnya :



‘Bahawasanya Allah telah mewajibkan puasa Ramadhan, dan aku telah mensunahkan berdiri pada malamnya (solat terawih), kerana mengharapkan akan Allah oleh seseorang iaitu dengan berpuasa pada siang hari dan solat (solat terawih) pada malamnya, nescaya keluarlah (selamatlah) dia dari dosa seperti dia dilahirkan oleh ibunya’.



Bagi sesiapa yang mengerjakan solat terawih di sepanjang malam bulan Ramadhan akan dijanjikan pahala yang amat besar oleh Allah. Syaidina Ali bin Abi Talib r.a pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W kemudian baginda menjawab ‘ orang-orang mukmin yang melakukan solat terawih pada bulan Ramadhan akan mendapat kelebihan seperti berikut :


Malam Pertama

Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.



Malam Kedua

Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.



Malam Ketiga

Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan ‘mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu’.


Malam Keempat

Pahalanya sama seperti orang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.



Malam Kelima

Pahala seperti orang yang solat di Masjid al-Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.



Malam Keenam

Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah,batu-batu pasir turut sama memohonkan ampun baginya,



Malam Ketujuh

Seperti seorang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapat mengalahkan firaun dan haman.



Malam Kelapan

Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.



Malam Kesembilan

Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W.



Malam Kesepuluh

Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan di akhirat.



Malam Kesebelas

Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.



Malam Keduabelas

Mukanya bercahaya di hari kiamat.



Malam Ketigabelas

Datang di hari kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.



Malam Keempatbelas

 Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat terawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala murtad.



Malam Kelimabelas

Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.


Rayyan's Blog

Tuesday 25 June 2013

Menghitung Hari....

Assalamualaikum WBT.
 hah???
apa yang nak dihitung???
hari apa???

RAMADAN dah nak tiba laa...
persiapan da buat..?? tak sabar nak menantikan bulan yang mulia ni. Bulan RAMADAN adalah bulan tempat kita beribadah sebaik mungkin.
Apa diantara kemuliaan bulan RAMADAN??? nak tahu???

1. Syahrun 'Azheem (Bulan Yang Agung)
'Azheem adalah nama dan sifat Allah Ta’ala. Namun juga digunakan untuk menunjukkan kekaguman terhadap kebesaran dan kemuliaan sesuatu. Sesuatu yang diagungkan oleh Rasulullah SAW tentulah memiliki nilai hikmah yang amat besar dan sangat mulia dengan sesuatu yang diagungkan oleh manusia biasa. Alasan mengagungkan bulan Ramadhan adalah karena Allah juga mengagungkan bulan ini.

Firman Allah: “Barangsiapa mengagungkan syiar-syiar agama Allah, maka itu datang dari hati yang bertaqwa.”
Diagungkan Allah kerana pada bulan inilah Allah mewajibkan puasa sebagai salah satu dari lima rukun Islam. Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang menetapkan dan mensucikan bulan ini kemudian memberikan segala kemurahan, kasih sayang, dan kemudahan bagi hamba-hamba yang ingin mendekatkan diri kepadaNya.


2. Syahrul Mubarak (Bulan Keberkatan)
Bulan ini penuh dengan barakah. Detik demi detik di Bulan Suci ini bagaikan rangkaian berlian yang sangat berharga bagi orang beriman. Kerana semua perbuatan kita di saat berpuasa menjadi ibadah berpahala yang balasannya langsung daripada Allah Ta'ala. Amalan baik sekecil manapun, nilai pahalanya pasti akan dilipatgandakan.

Keberkatan Ramadhan sebagaimana dinukilkan oleh Rasulullah SAW secara garis besar terbahagi kepada tiga bahagian:
1. 10 malam pertama (awal Ramadhan) dipenuhi dengan rahmat Allah.
2. 10 malam berikutnya diisi dengan keampunan (maghfirah) daripada Allah Ta'ala.
3. 10 malam terakhir merupakan pembebasan manusia daripada api neraka.
Keberkatan yang Allah ganjarkan ini akan lebih dirasai andai kita mampu mentadbir waktu untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagaimana tauladan Rasulullah SAW di dalam sirahnya.



3. Syahru Nuzulil Quran (Bulan Diturunkan Al-Quran)
Allah mengistimewakan Ramadhan sekaligus menyediakan target terbesar, iaitu menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup. Firman Allah dalam rangkaian ayat berkenaan puasa: “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (Al-Baqarah: 185)

Ayat di atas menjelaskan bahawa target utama amalan di bulan Ramadhan adalah untuk membentuk insan taqwa yang menjadikan Kitabullah Al-Quran sebagai manhajul hayat (pedoman hidup). Dapat juga dikatakan bahawa Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan Al-Quran.


4. Syahrus Shiyaam (Bulan Berpuasa)
Pada bulan Ramadhan dari awal sehingga akhirnya, kita menegakkan satu daripada 5 rukun Islam yang sangat penting, iaitu puasa. Kewajipan berpuasa adalah sebagaimana kewajipan ibadah solat 5 waktu. Maka sebulan penuh seorang muslim memfokuskan diri untuk ibadah puasa. Puasa Ramadhan dilakukan setiap hari dari terbit fajar hingga terbenam matahari (Maghrib). Bukan sahaja kita berpuasa daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi wajib juga kita membangunkan akhlaqul karimah di dalam diri kita di samping meninggalkan perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang makruh.



5. Syahrul Qiyam (Bulan Beribadah Malam)
Bulan Ramadhan mengghairahkan umat Islam yang beriman untuk menjalankan amalan orang-orang soleh seperti solat tahajjud dan membaca Al-Quran pada waktu solat malamnya. Islam mengisyaratkan bahawa untuk mendapatkan ketinggian darjat dan kelebihan Ramadhan, setiap mukmin digalakkan untuk bersolat tarawih, menunaikan solat-solat sunat yang lainnya, menghidupkan sepertiga malam, dan juga melazimkan diri dengan tadarrus al-Quran, semoga kesemua amalan baik itu akan dapat diteruskan pada bulan-bulan selain dari bulan Ramadhan juga.



6. Syahrus Sobr (Bulan Kesabaran)
Bulan Ramadhan melatih jiwa muslim untuk sentiasa bersabar, tidak mengeluh dan tahan dengan ujian duniawi. Sabar adalah kekuatan jiwa dari segala bentuk kelemahan rohani dan jasmani. 



7. Syahrul Musawwah (Bulan Persamaan)
Ramadhan menjadi bulan persamaan bagi orang-orang yang beriman dan sedar sepenuhnya bahawa puasa mendidik mereka untuk sama merasai bagaimana faqir miskin merasakan lapar dan dahaga dalam kehidupan seharian mereka. Kerana itu kita selayaknya menanam sifat pemurah dan dermawan bukan sahaja di bulan Ramadhan ini.

Segala amal yang berkaitan dengan amwal (harta) seperti zakat fitrah, sedekah, infaq, waqaf, dan sebagainya, bahkan zakat harta pun sebaiknya dilakukan di bulan yang mulia ini. Memberi meskipun dengan jumlah yang sedikit, ia memberi nilai besar di sisi Allah. Siapa yang memberi makan minum pada orang yang berpuasa meskipun hanya seteguk air, berpahala puasa seperti yang diperoleh orang yang berpuasa.


8. Syahrun Yuzdaadu fiihi Rizqul Mu’min (Bulan Ditambah Padanya Rezeki Orang Mukmin)
Bulan ini rezeki orang-orang beriman bertambah kerena segala kemudahan dan keberkatan dibuka oleh Allah seluas-luasnya. Namun rezeki terbesar adalah hidayah dan nikmat pahala Allah kepada hamba-hambaNya yang dilipatgandakan pada bulan Ramadhan ini.

Sunday 23 June 2013

4 PERKARA




Assalamualaikum warahmatullah...
4 perkara ini mungkin berguna bg kita dlm memperbaiki diri.. setiap kita ada kelemahan dan sekiranya kita cuba untuk memperbaiki kelemahan ini kita adalah tergolong dlm org yg berani..alamat-alamat di bawah mencerminkan di mana kita, semoga kita menjadi insan yg hari esoknya lebih baik dr hari semlm, insya-Allah..


 


4 ALAMAT ORANG CERDIK
1. Berani menempuh bahaya
2. Pandai bermanis muka dengan musuh
3. Pandai melihat kesempatan, dan
4. Dapat menimbang pertimbangan orang lain


4 ALAMAT ORANG BERIMAN
1. Meninggalkan maki
2. Menjauhi menyakiti hati orang
3. Lekas memberi ampun
4. Teliti menjatuhkan hukuman


4 TANDA ORANG BERAKAL
1. Cinta pada ilmu
2. Tidak berubah muka menerima umpat dan puji
3. Bagus jawabnya
4. Banyak benarnya


4 ALAMAT ORANG RENDAH
1. Membuka rahsia
2. Pendendam
3. Penggunjing
4. Memburukkan kawan


4 YANG MENIMBULKAN CINTA
1. Muka jernih
2. Sudi menolong
3. Sudi menghindarkan selisih
4. Menjauhi munafik


4 SOAL YANG MEMBAWA KEUNTUNGAN HIDUP
1. Benar perbicaraannya
2. Malu melakukan pekerjaan yang tidak baik
3. Baik budinya
4. Suka berterima kasih




4 SEMPURNA DENGAN 4
1. Ilmu dengan larangan
2. Agama dengan takwa
3. Amal dengan niat
4. Kemuliaan dengan kelebihan

4 MESTI DIJAGA
1. Teguh menjaga kehormatan
2. Redha menerima sedikit
3. Berbuat kebaikan setiap hari
4. Memelihara lidah

4 MACAM PERCARIAN
1. Pertama akal, ialah orang yang hidup dengan bertani
2. Pertengahan akal, orang yang hidup berdagang
3. Penghabisan akal, orang yang hidup membunuh
4. Kehilangan akal, mencari dengan tidak halal


Wallahualam 

Rayyan's Blog~

Sunday 5 May 2013

Surah Al-Khafi (18:4)


Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14

Assalamualaikum wbt.
ermm~

sahabat, apa pendapat antum dengan surah Al-Khafi di atas tu??
Iman adalah suatu yang sangat berharga pada setiap hamba Allah SWT yang hidup di atas muka bumi ini.
tanpa iman kita akan menjunam dan sia-sia.
hari ni ana tak nak conteng banyak-banyak.
ana nak antum hayati potongan surah Al-Khafi di atas.
dan juga keseluruhan Surah Al-Khafi.


Rayyan's Blog~




Friday 26 April 2013

Ana Pun Insan Biasa~

Assalamualaikum WBT.
Wahai hamba Allah yang dikasihi.
dah berzikir?? Ingat pada Allah selalu ya.

Sehebat mana diri kita yang sebenar?? mampukah kita menjaga iman pada akhir zaman ni?? Manusia sekarang sukar untuk menerima nasihat dan tidak boleh menerima teguran.
Dan bila ana beri nasihat pada orang sekeliling ana, mereka akan kata, "dah tahap mana ilmu kau nak kata macam tu kata aku??".
 
Astaghfirullahalazim~
 
Nak sampai tahap mana baru kita boleh tegur seseorang?? ana juga insan biasa. selalu silap dan tidak lari dari melakukan dosa. ana cuma nak ikut perintah Allah iaitu "amar makruf nahi mungkar"
sentiasa saling berpesan dan ingat mengingati. Bila ana berpesan dan menasihati seseorang, sebenarnya ana mengingatkan diri ana sendiri.


 Ana ibarat seorang bayi yang merangkak mencari susu bila dalam bab keagamaan. Ana nak perbaiki diri ana. jadi ana nak orang sekeliling ana pun sama-sama mencari redha Allah SWT.

Ana tak sehebat Nabi Muhammad SAW. Tetapi ana berusaha tuk mengikuti langkahnya. Ana mengimpikan Rasulullah SAW menyambut ana dan semua umatnya dengan senyuman di hari kita semua dihisab.
In shaa Allah~

Ana mahu berubah kerana Allah SWT. Ana mahu diakui oleh Rasulullah SAW, Kekasih Allah. Ana mahu sahabat-sahabat ana berada di jalan Allah. Sama-sama berjuang menegakkan agama Allah.

ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~

Rayyan's Blog~


Wednesday 24 April 2013

BILA HATI TELAH BERKARAT

Assalamualaikum WBT.
Ana nak cerita sikit pasal hati manusia.
Bolehkah hati manusia berkarat macam besi????
macam mana pula nak buat hati tu bersinar kembali???
jum lihat apa jawapan Rasulullah SAW. ^__^
 

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
 
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

Rayyan's Blog~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...