Monday 27 January 2014

Hari pengakhiran!

Assalamualaikum WBT.

readers, tolong hayati...

Nauzubillah...jom baca,biarlah panjang sekali pun..
Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlahkitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah /Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.y

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang xdapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat.

copy&paste

Rayyan's Blog


Friday 24 January 2014

Dan Mentari Muncul Lagi...

Assalamualaikum WBT,
Tajuk ni ada sangkut paut dengan cuaca kat Malaysia sekarang.
Kebelakangan ini, suhu kat sini da turun sehingga 22 darjah C.
sejuknya hanya ALLAH yang tahu apalagi bagi penduduk Malaysia yang dah biasa dengan suhu khatulistiwa.

Ana pula sampai malas nak bangun pergi kuliah. Tapi kerana ilmu ana kuatkan semangat.
Banyak ura-ura yang ana dengar dan baca. dan sepanjang hari susah nak lihat cahaya matahari.
Tapi semua tu kuasa ALLAH SWT. Siapalah kita untuk menolaknya.
Ramai juga kawan-kawan ana yang demam sebab tak tahan sejuk ni. 

hari tu, ana balik dari kelas, kasut ana kotor kena lumpur sebab hujan tak berhenti. malamnya ana basuh, memang susah nak hilang apalagi dah meresap ke dalam fabrik kasut tu. tiba-tiba ana terfikir tazkirah yang ana dengar sebelum ni. hati yang kotor. 

Hati manusia ni susah nak jangka. ALLAH SWT menciptakan manusia dengan keunikkan dan 1001 kelebihan. tetapi dunia sekarang semakin maju, otak manusia semakin pintar. macam mana pula dngan hati manusia??
Hati ni sukar sangat nak jaga sebab tu Rasulullah SAW junjungan kita mengajar dan meninggalkan kita dengan dua perkara iaitu Al-Quran dan As-Sunnah. agar kita sentiasa menjadikannya panduan hidup di dunia dalam mencari keindahan di akirat. berbalik pada kasut ana tadi. sedangkan kasut yang kotor masih boleh dibersihkan kenapa tidak hati??
Muhasabah diri. bila kita buat dosa taubat lah ubatnya. 
Dan ingat, perbaharui taubat kita sepanjang masa.
In shaa ALLAH sentiasa diampunkan.

Pagi ni bila ana buka mata dan pandang arah tingkap bilik, Alhamdulillah.. Mentari muncul lagi..hati ni tak berhenti bersyukur pada Yang Maha Esa. samalah macam hati kita bila rasa hati kita hitam taubat penerangnya..biar lambat jangan tidak ada lansung.

wallahualam...



Rayyan's Blog


Saturday 18 January 2014

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.



Assalamualaikum WBT..
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.
rasanya belum terlambat kalau ana nak ucap salam Maulidur Rasul.
damai rasanya hati bila teringat peribadi Rasulullah SAW dan pedih rasanya bila terkenangkan kepayahan Rasulullah SAW dalam perjuangan menegakkan islam.
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ.

sudahkah kita berselawat untuk Baginda Rasulullah SAW hari??
banyak mana??
bila dengar nama baginda disebut perlu kata apa??

selawat keatas nabi junjungan kita, sedangkan ALLAH SWT berselawat ke atas baginda Rasulullah SAW inikan pula kita sebagai umatnya??
selawat tu biarlah sebanyak yang boleh. barang siapa yang berselawat untuk baginda Rasulullah SAW maka ALLAH SWT akan berselawat keatasnya sebnyak sepuluh kali.

“Sesiapa dalam kalangan umatku yang berselawat kepadaku dengan ikhlas dari dalam hatinya, maka dengan (selawat itu) ALLAH berselawat ke atasnya sepuluh kali, mengangkat baginya sepuluh darjat, mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan baginya sepuluh keburukan.”
(Sahih al-Targhib wa al-Tarhib)

Bila junjungan kita disebut namanya kita nak sebut apa???
sebut la salallahualaihi wassalam..nak selawat penuh pun boleh.^^
ada satu hadis yang terkena dihati dan terus nak update blog ana yang dah 'berhabuk' ni.

CAHAYA MUKA NABI S.A.W.
Riwayat dpd Siti Aishah r.a bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklahRasulullah s.a.w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata,
" Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: 

" Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : 
"Orang yang bakhil. "Aku bertanya lagi : 
"Siapakah orang yang bakhil itu? "Jawab baginda :
 "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

hai orang-orang yang beriman, berselawatlah keatas junjungan kita in shaa ALLAH kita akan mendapat ganjarannya dengan hanya berselawat. wallahualam..

(sebarang kekurangan harap di maafkan dan ditegur bila ada kesilapan)

Rayyan's Blog.

Friday 3 January 2014

Kucing Pun Ada Masalah -.-"

Assalamualaikum WBT
Hello readers!

Semalam ana banyak fikir pasal masalah ana. susah nak sangat nak selesaikan. Ana pun minta pendapat kengkawan. Ada gak yang terkena dihati pasal pendapat mereka tu tapi huh!
rasanya kalau buat macam tu mesti ada masalah lain yang timbul.

Makhluk ciptaan Allah SWT yang mana tak ada masalah, bak kata ustaz, "Kucing pun ada masalah".
ada seorang sahabat yang selalu cakap kat ana, " kalau rasa tak boleh tanggung, kongsi dengan kami setidaknya kami boleh hibur hati yang duka tu" kata-kata tu sangat menyentuh hati ana. Ada perkara yang kita mesti hadapi sendiri tetapi ada perkara kita perlukan bantuan dari orang lain untuk menyelesaikannya.

Masalah atau ana lebih suka kata UJIAN dari Yang Maha Pencipta.
kita selalu menrunggut bila ada masalah tapi tak pernah bersyukur bila diberi kenikmatan.
Ada tak kita terfikir masalah atau kenikmatan tu kedua-duanya adalah ujian dariNYA??
Allah SWT Maha Bijaksana, semua yang terjadi telah pun dalam perancanganNYA. Allah SWT selalu memberikan yang terbaik untuk semua hambaNYA. Hanya kita yang tidak menyedarinya dan selalu merunggut.

Ana ada masalah yang melibatkan keluarga. benda ni betul-betul merunsingkan ana. Ana rasa terganggu hinggakan pelajaran ana pun hampir-hampir terabai. Waktu solat ana berdoa supaya diberikan petunjuk dan redhaNYA. lepas solat, ana rasa tenang je.
betullah, kalau kita jaga perhubungan dengan Allah SWT. apa-apa pun boelh dihadapi. 

Allah SWT bagi ujian dalam bentuk masalah sebab nak kita jadi tabah, sabar dan cekal dalam menghadapi ujianNYA. Allah SWT juga nak kita sentiasa mengadu padaNYA biar pun kita tahu DIA Maha Melihat dan Maha Mengetahui.

Allah SWT bagi ujian dalam bentuk kenikmatan sebab nak kita jadi hamba yang bersyukur dan sentiasa memujaNYA.

kalau kita tak rasa diuji masihkah kita dalam pemerhatianNYA??
Wallahualam..

Rayyan's Blog

Thursday 2 January 2014

Busy laa, tak ada masa -_-"

Assalamualaikum wbt.
Bila ana buka blog ni rasa macam da lama ana tak buka. Tahun ni first ana buka blog. readers?? how are you?? 
hah??? Napa pula tajuknya lain macam?? tahun baru da busy?? 
Ni yang nak bincang ni. pasal apa??
social network.

facebook, twitter, instagram dan macam-macam lagi. Apa kegunaan sebenar benda ni? hah!
ni yang nak bincang ni. 
Nak dijadikan cerita, ana ada seorang kawan.
Mula-mula jumpa dia bagi ana dia seorang yang sangat hard working. bila ana masuk ke biliknya mesti tengah menghadap laptop. Dalam hati ana 'fuh, mesti assignment dia banyak gila ni' tak nak la kacau tapi dah masuk tahap tak peduli dunia sekeliling, ana dah tak puas hati. Satu hari ana masuk bilik dia dan tengok apa yang dia buat sebenarnya. 
"Ya Allah, layan facebook rupanya" dia gelak je. bila ana tengok tab fuh!! semua social network! 
facebook, twitter, macam-macam. 
"haiii ingatkan ko banyak assignment,"
"assignment pa pula??"
hah!! terus ana garu kepala yang tak gatal ni. rupanya dia dok layan social network tapi kawan sekelas dia asyik cakap pasal assigment yang tak habis-habis.
Dipendekkan cerita, hujung sem dia datang mengadu assignmentnya banyak yang tak siap. 
ana pun cuci telinga dia dengan ceramah pendek (kira panjang juga la.)
apa yang ana nak sampaikan sebenarnya??
ana pun ada facebook, tapi bila ana nampak news feed orang, hairan ada, bengang pun ada. kenapa??
Hampir semua benda nak diberi tahu. kalau ada pengisian tak pa juga.

contohnya,
"sayang, baby sayang sangat kat sayang" Hah!! dah kenapa nak beritahu kat Facebook tu? cakap kat sayang awak tu dah lah. Satu lagi yang buat ana bengang. Doa kat facebook. tak salah tapi biarlah kena pada tempatnya. contohnya;
Bila awak berdoa untuk diri awak, tapi doa kat facebook rupanya tak solat. 
ambik gambar bermesra dengan pasangan (boyfriend/girlfriend) lepas tu doa nak cinta sampai jannah. 
Mak cik, pak cik doa macam tu layak tuk pasangan yang dah kahwin yang awak buat tu dosa. 
Berbalik kepada tajuk. bila kita ada kerja yang lebih penting kita asyik nak tangguh tapi kalau nak layan social network tu, sanggup tak tidur.
fikir-fikirkan ye.
bukan nak menyinggung perasaan siapa-siapa, tapi harap benda ni dapat buat readers semua berfikiran matang dan mendahulukan benda yang lebih penting.
wallahualam...

Rayyan's Blog~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...