Sunday 31 March 2013

Balasan Orang yang Meninggalkan Solat.






 Assalamualaikum wbt.
kita semua tahu bahawa solat itu tiang agama tapi mengapa masih ramai yang meninggalkannya???
jawapannya ada pada diri kita sebenarnya. Kita terlalu taksub dengan hiburan keduniaan sehinggakan kita lupa mengenai perintah Allah SWT.
Tetapi tahukah kita balasan yang akan kitab terima sekiranya kita meninggalkan solat walaupun cuma satu waktu sahaja????
mari kita sama-sama baca dan renungkan....



*      Sabda Rasululah SAW yang bermaksud:-

        “ Tidak ada perbezaan diantara orang² muslim dan munafik melainkan dengan meninggalkan sembahyang . Maka apabila seseorang meninggalkan sembahyangnya dengan ingkar kepada wajibnya maka adalah ia menjadi kafir. ”

*      Firman Allah yang bermaksud:

        “ Apabila kamu beriman, maka dirikan sembahyang oleh kamu, sesungguhnya sembahyang itu adalah difardhukan ke atas tiap tiap org yang beriman dengan waktunya.”

*      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

        “ Barang siapa yang meringan-ringankan sembahyang lima waktu yang difardhukan, dia akan disiksa oleh Allah dengan lima belas bentuk siksaan.”
§  Enam siksaan di dunia
§  Tiga seksaan waktu ajalnya
§  Tiga seksaan di dalam kuburnya
§  Tiga seksaan diwaktu berhadapan dengan Allah SWT

*      Firman Allah SWT yang bermaksud:

        “ Mereka² yang mensia²kan akan sembahyang dan mengikut hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka akan jatuh ke dalam satu lubang atau telaga daripada api neraka.”


Balasan Allah kepada Orang yang meninggalkan
Sembahyang 5 waktu
 




  1. Meninggalkan Sembahyang Subuh
§  Dosanya dimasukkan kedalam neraka selama 30tahun akhirat (60,000 tahun dunia)

  1. Meninggalkan Sembahyang Zohor
§  Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam

  1. Meninggalkan Sembahyang Asar
§  Dosanya seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah)

  1. Meninggalkan Sembahyang Maghrib
§  Dosanya seperti Berzina dengan ibunya sendiri

  1. Meninggalkan Sembahyang Isyak
§  Dosanya, Allah tidak redha orang yang meninggalkannya tinggal dibumi ini, berbumbungkan langit serta makan dan minum dengan nikmat kurniaanNya.

jadi?? rasa insaf tak??
mari kita sama-sama berusaha untuk menyempurnakan waktu solat dengan amanah dan penuh rasa insaf dalam diri...
in shaa Allah...

Rayyan's Blog~

                                                                                
                                                                                                                  

Bercinta Sebelum Nikah??


Assalamualaikum wbt....
hari ni nak cakap pasal cinta sebelum nikah. ana juga selalu tertanya-tanya tentang persoalan ni. Jadi mari kita sama-sama baca artikel ni.
Mudah-mudahan faham dan dapat ilmu mengenainya.
In Shaa Allah~


 
 Cinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah," Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." maksud Surah arRum: 30

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh (aMarhum) Abdullah Nasih Ulwan berpendapat: Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

* Cinta agung: Cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

** Cinta pertengahan: cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai

*** Cinta bawahan: menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Bolehkah pasangan bukan muhrim bercinta sebelum kahwin?

Syaikh Atiyyah Saqr menjawab: kenapa tidak? Cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syara' asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak
bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syara' adalah diharuskan oleh syara' dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

dah habis??
mari kita renungkan dan muhasabah diri :)

Rayyan's Blog~

Wednesday 27 March 2013

Sedekah


 
 
 
 
Those who Spend in Charity will be richly Rewarded

– Al Qur’an 57:10

  "No matter how poor we are, giving charity to the less fortunate is priority. Charity is not only typically giving money, but the way we help empowering communities life by doing volunteering is the first step to rise up our own responsibilities to concern the needy"

Seimbangkan Dunia dan Akhirat

 
Assalamualaikum w.b.t...
Bila cerita soal dunia, kita tahu, kita rasa, kita nampak apa yang ada di dunia. Tetapi bila cakap pasal akhirat kita hanya ada gambarannya sahaja. Kita sibuk mengejar kekayaan, kemewahan, dan apa yang ada di dunia. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa semua itu tidak dapat membantu di akhirat kelak???
Kita boleh sahaja mencari kekayaan yang ada di dunia tetapi seimbangkanlah dengan apa yang kita sediakan untuk dibawa di akhirat kelak. Terpulanglah pada kita untuk memilih syurga atau neraka tetapi bukankah setiap hamba Allah ingin ke syurgaNya yang indah.
Dalam kita mencari kesenangan di dunia, jangan lupa untuk mencari keredaan Allah, dan amalan untuk dibawa ke akhirat kerana apa yang ada di dunia ini hanya sementara. 
Syurga, satu tempat di mana tiada satu tempat pun yang setara dengan keindahannya. namun layakkah kita untuk berada di sana??
Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
Neraka, satu tempat yang tiada bandingan dengan apa yang ada di dalamnya.
adakah kita  terpilih untuk memasukinya???
nauzubillah...minta dijauhkan...
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
sama-sama kita muhasabah diri...
Rayyan's blog

Saturday 16 March 2013

Rindui RASULULLAH SAW~

Assalamualaikum WBT.
nak tahu tak??
Rasulullah SAW tahu yang umatnya yang tidak pernah melihat Rasulullah SAW  amat merinduinya.
macammana kita nak tunjukkan kita sayang dan rindu Rasulullah SAW??
ikutlah sunnahnya, selawat ke atasnya.

sehingga nafas terakhir Baginda pun, Rasulullah SAW masih menyebut umatnya yang dipanggil umat akhir zaman.
mari sama-sama selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Mereka yang memandikan jasad Rasulullah SAW adalah ahli keluarga Baginda SAW :

  • Ali Bin Abi Tolib
  • Abbas bin Abi Tolib 
  • Anak ibnu Abbas
  • Usamah bin Zaid  

Dan beberapa orang sahabat. 

Usamah bin Zaid telah menyiram jasad Junjungan dengan air. Usamah tidak sampai hati menyentuh jasad Rasulullah SAW, beliau hanya mampu memandikan Rasulullah SAW di atas baju Baginda sahaja. 

Rasullah SAW telah dikafankan dengan 3 helai kain. Saidina Abu Bakar telah memegang kepala Baginda dengan penuh kehormatan lalu meletakkan tanah dengan penuh kemulian ke atas wajah Baginda Junjungan kita. 

Sesetengah riwayat mengatakan, setelah dua bulan Baginda wafat masih ada lagi para sahabat dari seluruh dunia datang menziarahi makam Rasulullah SAW dengan penuh kesedihan kerana mereka tidak sempat melihat wajah Rasulullah SAW yang mulia. 

Tanamlah sifat kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam jiwa anak-anak kecil yang baru mengenal dunia agar benih kecintaan subur mekar apabila mereka dewasa kelak.

Cintailah Rasulullah SAW kerana rasa Cinta itu tidaka akan merugikan kita di dunia mahupun di akhirat.

Kekasih Allah SWT (Nabi Muhammad SAW) sentiasa merindui selawat dan salam dari mereka yang mencintainya.......

Rayyan's Blog

Friday 15 March 2013

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat



Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:


  • cahaya yang pertama seperti bintang-bintang
  • cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
  • cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari    
Apabila ditanya cahaya apakah ini?
lalu dijawab:

"cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika didunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.

yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.

cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka yang seperti matahari. mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azam." 

Rayyan's Blog

Tuesday 12 March 2013

Allah S.W.T. Tuhan yang Satu.



Jangan pernah kita merungut dengan ketentuan Allah kerana ada hikmah di sebaliknya.
Jangan pula kita cepat melatah hanya kerana doa kita tidak di makbulkan kerana Allah itu Maha Mendengar. belum pun kita rasakan Allah sudah tahu apa yang tersirat.
Cepat atau lambat, doa kita akan tetap dikabulkan. tetapi ingat Allah itu Maha Bijaksana...

Dia tahu apa yang terbaik buat hambaNya.
Cara Allah indah pada akhirnya.
biar pun kita mendoakan sesuatu yang buruk namun ingatlah Allah itu sama sekali tidak akan menganiaya hambaNya.
 

Janji Allah itu pasti.
Sesiapa pun yang mencintainya pasti akan bahagia pada akhirnya.
mengapa perlu tanam cinta dunia yang hanya sementara walhal cinta yang hakiki ada tersedia dan menjanjikan kebahagiaan??


Allah itu Maha Adil.
siapalah kita untuk menghukum orang lain sedangkan kita tidak berhak?
bukankah Allah itu empunya segalanya. termasuklah yang di langit dan di bumi. 


Allah itu Maha Melihat.
kita yang diamanahkan untuk menjaga apa yang di berikan sebaliknya menipu diri kita sendiri dengan merosakkannya.

Astagfirullahalazim....
berbanyaklah istighfar...
janganlah hidayah yang diberikan olehNya ditarik semula.
jangan kita selalu riak dan takbur kerana apa yang kita ada hanya sementara.....

berpesan-pesanlah sesama kita agar diri kembali ke jalanNya.......
In Shaa Allah...~

Rayyan's Blog

Segala Puji Bagi Allah S.W.T




pernahkah anda dengar ayat ini;
"to love someone is nothing, to be love by someone is something, to be love by someone you love is exciting but to be love by Allah is everything"

Ya..Allah S.W.T. adalah segala-galanya.
tanpa Allah siapalah kita.
 

wahai hamba Allah...
janganlah kita merunggut dengan ketentuan takdirnya kerana setiap yang berlaku itu ada hikmah sebaliknya. 

jangan pula kita mengeluh apabila doa kita belum dimakbulkan. cepat atau lambat doa kita pasti akan di makbulkan kerana Allah Maha Mendengar. tetapi, ingatlah bahawa Allah itu Maha Bijaksana. setiap doa yang kita kirimkan kepadaNya pasti akan ditunaikan namun bukan secara terus tetapi dengan cara yang paling indah...
Maha Suci Allah.....


wahai insan yang diredhaiNya....
ingatlah bahawa dunia yang kita tempuhi ini hanya sementara.

tanpa kita sedari dunia ini semakin tua. hanya menunggu masa sahaja.
sudahkah amal kita mencukupi untuk kita persembahkan pada Yang Esa??
Allah itu Maha Pengampun...
bertaubatlah,...
jangan kita hanyut dengan mainan dunia...


sama-samalah kita memperbaiki diri.
In Shaa Allah...

Rayyan's Blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...