Sunday 31 March 2013

Balasan Orang yang Meninggalkan Solat.






 Assalamualaikum wbt.
kita semua tahu bahawa solat itu tiang agama tapi mengapa masih ramai yang meninggalkannya???
jawapannya ada pada diri kita sebenarnya. Kita terlalu taksub dengan hiburan keduniaan sehinggakan kita lupa mengenai perintah Allah SWT.
Tetapi tahukah kita balasan yang akan kitab terima sekiranya kita meninggalkan solat walaupun cuma satu waktu sahaja????
mari kita sama-sama baca dan renungkan....



*      Sabda Rasululah SAW yang bermaksud:-

        “ Tidak ada perbezaan diantara orang² muslim dan munafik melainkan dengan meninggalkan sembahyang . Maka apabila seseorang meninggalkan sembahyangnya dengan ingkar kepada wajibnya maka adalah ia menjadi kafir. ”

*      Firman Allah yang bermaksud:

        “ Apabila kamu beriman, maka dirikan sembahyang oleh kamu, sesungguhnya sembahyang itu adalah difardhukan ke atas tiap tiap org yang beriman dengan waktunya.”

*      Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:-

        “ Barang siapa yang meringan-ringankan sembahyang lima waktu yang difardhukan, dia akan disiksa oleh Allah dengan lima belas bentuk siksaan.”
§  Enam siksaan di dunia
§  Tiga seksaan waktu ajalnya
§  Tiga seksaan di dalam kuburnya
§  Tiga seksaan diwaktu berhadapan dengan Allah SWT

*      Firman Allah SWT yang bermaksud:

        “ Mereka² yang mensia²kan akan sembahyang dan mengikut hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka akan jatuh ke dalam satu lubang atau telaga daripada api neraka.”


Balasan Allah kepada Orang yang meninggalkan
Sembahyang 5 waktu
 




  1. Meninggalkan Sembahyang Subuh
§  Dosanya dimasukkan kedalam neraka selama 30tahun akhirat (60,000 tahun dunia)

  1. Meninggalkan Sembahyang Zohor
§  Dosanya seperti membunuh 1000 orang Islam

  1. Meninggalkan Sembahyang Asar
§  Dosanya seperti meruntuhkan Baitullah (kaabah)

  1. Meninggalkan Sembahyang Maghrib
§  Dosanya seperti Berzina dengan ibunya sendiri

  1. Meninggalkan Sembahyang Isyak
§  Dosanya, Allah tidak redha orang yang meninggalkannya tinggal dibumi ini, berbumbungkan langit serta makan dan minum dengan nikmat kurniaanNya.

jadi?? rasa insaf tak??
mari kita sama-sama berusaha untuk menyempurnakan waktu solat dengan amanah dan penuh rasa insaf dalam diri...
in shaa Allah...

Rayyan's Blog~

                                                                                
                                                                                                                  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...