Sunday 5 February 2012

Sahabat~




"sahabat adalah orang yang berkata benar bukan membenarkan kata-kata"
aku merindukan sahabat yang benar-benar sahabat, mencari seorang sahabat yang menyayangi aku kerana Allah S.W.T..
seorang sahabat yang menunjukkan aku jalan yang sentiasa diredhai Allah.
kini....
aku menemui sahabat yang aku dambakan. melaluinya aku mengenali erti islam yang sebenar. dia mengajar aku setiap perkara yang bagiku remeh tapi sebenarnya sangat dikira oleh islam. kadang-kadang aku mengadu masalah duniawiku padanya. dia cuma berkata "sesungguhnya Allah S.W.T. tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."

pada mulanya aku cuma mendengar sepintas lalu nasihatnya.
dan nasihatnya itu ibarat 'mencurahkan air ke daun keladi' aku andaikan dia sengaja berkata demikian tanpa ada apa-apa maksud.

hari berganti hari, dia tetap tidak jemu menasihati aku.
hinggalah aku berdepan dengan masalah yang bagi ku terlalu sukar untuk aku tangani.
aku mengadu padanya dan sekali lagi ayat yang sama diberikan.
kemudian dia berkata "Allah menguji kita kerana Dia merindui suara hambaNya". kata-kata seringkas itu menyedarkan aku. sejadah yang sudah lama bertapa di dalam almari ku tarik dan bentangkan menghadap kiblat.
aku berdoa dan menitiskan airmata yang ku rasakan sudah lama tidak menitis.
benar-benar aku telah membelakangkanNya selama ini.
ya Allah
ampuni dosa hamba MU ini.
Engkau berikan lah aku peluang untuk terus menerima hidayahMu.


Sahabatku. terima kasih juga kerana engkau sudah menyedarkan aku yang sudah hanyut dibawa arus duniawi ini. 
doaku agar engkau kekal sebagai sahabat ku hingga Jannah~

Rayyan's Blog~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...