Friday 14 February 2014

Lihat, Fikir Dan Renungkan!


Assalamualaikum WBT

Salah Siapa??

Yang Mana Satu Pilihan Anda??


Pengorbanan wanita bergelar ibu!


Cakap tak serupa bikin!!!



Rayyan's Blog

Tuesday 11 February 2014

Aku Nak Jadi Baik!

Assalamualaikum WBT

Salam perpaduan buat pembaca budiman. Hari ni ana nak jadi baik. In shaa ALLAH akan terus jadi baik. Tadi ada tazkirah magrib. Sementara tunggu waktu isyak baik masa terluang tu kita isi dengan perkara yang baik. Jadi ana nak kongsikan ilmu yang ana dapat dengan pendamba ilmu sekalian.
Dalam tazkirah itu ada sebut pasal hidayah.
Hidayah ni tak datang bergolek tetapi perlu dicari. Dalam diri kita perlukan kesedaran yang sebenar, jangan kesedaran di mulut tapi hati masih tak berubah. Kenapa begitu??

Itu sebab niat. Jika kita mencari hidayah tetapi tidak menjaganya bila sudah ditemui samalah seperti kita melepaskan berlian ditangan hanya kerana tertipu dengan kaca yang berkilau. Kalau begitu sia-sia usaha mengejar hidayah yang kita lakukan. Dalam mengejar hidayah ini ialah salah satu kaedah dan usaha kita untuk jadi baik. Semua manusia dalam dunia pasti ada keinginan untuk jadi baik. Sejahat mana pun dia pasti ada terdetik dihatinya untuk berubah.

Dear readers,

Ingatlah ALLAH itu Maha pengampun lagi Maha Penerima taubat. Sebesar apa pun dosa kita, sekejam mana pun kita ALLAH tidak akan mengabaikan taubat kita kerana ALLAH itu Maha Adil.
Biarpun coretan ini hanya sejengkal, namun ana berharap agar ada pengisian.
Wallahualam.

Rayyan’s Blog
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...