Friday 26 April 2013

Ana Pun Insan Biasa~

Assalamualaikum WBT.
Wahai hamba Allah yang dikasihi.
dah berzikir?? Ingat pada Allah selalu ya.

Sehebat mana diri kita yang sebenar?? mampukah kita menjaga iman pada akhir zaman ni?? Manusia sekarang sukar untuk menerima nasihat dan tidak boleh menerima teguran.
Dan bila ana beri nasihat pada orang sekeliling ana, mereka akan kata, "dah tahap mana ilmu kau nak kata macam tu kata aku??".
 
Astaghfirullahalazim~
 
Nak sampai tahap mana baru kita boleh tegur seseorang?? ana juga insan biasa. selalu silap dan tidak lari dari melakukan dosa. ana cuma nak ikut perintah Allah iaitu "amar makruf nahi mungkar"
sentiasa saling berpesan dan ingat mengingati. Bila ana berpesan dan menasihati seseorang, sebenarnya ana mengingatkan diri ana sendiri.


 Ana ibarat seorang bayi yang merangkak mencari susu bila dalam bab keagamaan. Ana nak perbaiki diri ana. jadi ana nak orang sekeliling ana pun sama-sama mencari redha Allah SWT.

Ana tak sehebat Nabi Muhammad SAW. Tetapi ana berusaha tuk mengikuti langkahnya. Ana mengimpikan Rasulullah SAW menyambut ana dan semua umatnya dengan senyuman di hari kita semua dihisab.
In shaa Allah~

Ana mahu berubah kerana Allah SWT. Ana mahu diakui oleh Rasulullah SAW, Kekasih Allah. Ana mahu sahabat-sahabat ana berada di jalan Allah. Sama-sama berjuang menegakkan agama Allah.

ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~

Rayyan's Blog~


Wednesday 24 April 2013

BILA HATI TELAH BERKARAT

Assalamualaikum WBT.
Ana nak cerita sikit pasal hati manusia.
Bolehkah hati manusia berkarat macam besi????
macam mana pula nak buat hati tu bersinar kembali???
jum lihat apa jawapan Rasulullah SAW. ^__^
 

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
 
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

Rayyan's Blog~

Monday 22 April 2013

Ujian itu Kekuatan :)

Assalamualaikum WBT.
Wahai hamba Allah yang di kasihi sekalian.
Semoga kita berada di dalam redha Allah. sepanjang hari ni ana rasa berdebar-debar. tak tau kenapa. Mungkin sebab nak final exam da. tapi ana tak pula rasa sebab tu. tak pa lah. Ana nak kongsi luahan hati seorang sahabat ana yang sangat ana kasihi. 

 
"aku insan lemah,..masih banyak lg yang perlu aku perbaiki . .Dalam menyusuri kehidupan ini..banyak rintangan yang terpaksa aku tempuhi....berbagai ujian yang di berikn kpd ku.kadang aku lemah dan tersungkur dalam menangani ujian tersebut.Tapi jatuh nya aku bukan untuk selamanya .Dengan berbekalkan semangat yang ada serta iman yang senipis daun bawang ..aku gagahi diri untuk terus berjuang. Dengan bergantung harapan dan redha ILLAHI bersamaku..aku mencari sinar cahaya yang tersembunyi jauh di penghujung jalan.Dengan harapan agar aku tetap tabah dan sabar dalam mencari sinar cahaya itu.Semoga suatu hari aku temu cahaya itu."


Dalam menempuh hidup ni ada banyak ujian yang perlu kita lalui tetapi tahu tak??
Allah beri kita ujian untuk jadikan kita lebih kuat.

Allah Maha Hebat~
PerancanganNya sangat indah dan teratur hinggakan kita tidak pernah bayangkan pun.

Pernah terfikir tak??? 
Apa yang Allah dah sediakan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.
Kenapa ana tanya macam tu??? 
Sebab hampir semua hambanya mengeluh dengan takdir mereka.
Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Sebab tu Doa + Usaha + Tawakal adalah sangat penting dalam kehidupan.

Ana nak kongsikan sekadar peringatan buat antum semua dan juga buat diri ana sendiri. sebab ana bukanlah manusia yang sempurna. Ana perlukan bimbingan dari sahabat dan antum (hamba Allah SWT). Semoga Allah memberikan kita rahmat dan keredhaanNya.

Rayyan's Blog~

Sunday 21 April 2013

HACKS: Hanya Allah Cinta Ku Selamanya~ ^___^

Assalamualaikum WBT.
Wahai sahabat dan sahabiah yang ana kasihi.
HACKS, first impression???

hanya aku cinta kau seorang??? cam dalam filem & lagu tu???
Apa kata kita tukar kepada HANYA ALLAH CINTA KU SELAMANYA.
Bila kita buat macam ni sekaligus mengingatkan kita bahawa hanya cinta Allah SWT yang abadi.
Hanya cintanya yang membawa kebahagiaan.
Dan bila kita menyerahkan cinta kita padaNya, Allah akan mencintai dan memandang kita, dan juga seluruh alam akan mencintai kita.

Nak mendapatkan cinta Allah senang sahaja,
"Menurut perintahnya, meninggalkan larangannya"
tak susahkan?? Allah itu Maha Menyayangi dan Maha Pemurah.

"sesiapa yang mendapat cinta Allah, Allah akan memberitahu Jibrail bahawa Dia mencintai seorang hamba ini. Jibrail akan memberitahu penduduk langit bahawa Allah SWT mencintai hamba ini dan penduduk langit akan mencintai hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi turut mencintai hamba itu. dan apabila Allah membenci seseorang hamba itu sebaliknya akan berlaku"


Beruntunglah sesiapa yang mendapat cinta Allah dan rugi besar apabila seseorang itu dibenci Allah, dia akan dibenci oleh penduduk langit dan penduduk bumi. Nauzubillahi min zalik.~

Bercerita tentang cinta Allah SWT, untuk penutupan entri ni ana nak kongsi doa sebaik-baik manusia dalam beribadah. siapa erk??
dialah Nabi Daud a.s yang sentiasa berdoa untuk memohon cinta Allah SWT.




"ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu. dan aku memohon amalan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin".



 Rayyan's Blog~

Saturday 20 April 2013

Suami Aku Ustaz


Assalamualaikum WBT.
siapa hamba Allah yang minat baca novel kat sini???
selalu ambik genre apa???
Ana pun sesekali baca novel juga kalau bosan.
HAH! Ni ana nak kenalkan novel yang baru ana baca, tapi mungkin ada yang dah bacakan. Ana nak bagi hamba Allah semua baca sinopsis novel ni. Novel ni menceritakan kisah seorang anak gadis yang berkahwin muda dan bersuamikan seorang uztaz. Pengisiannya pun bagus. Dalam novel tu ada banyak ilmu yang boleh kita dapat dan ada diselitkan hadis & sunnah Rasulullah SAW, hukum-hukum dalam islam, dan juga banyak pengajaran. Banyak lagi yang buat ana suka baca novel. Satu lagi, novel ni sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. jadi jenguk-jenguklah kedai buku berhampiran tu. Sekadar berkongsi~




Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Rayyan's Blog~

Thursday 18 April 2013

PENCURI TAQWA

Assalamualaikum WBT.
cerita kali ni membawa banyak pengajaran. jadi hamba Allah sekalian, hayati kisah ini dan ambil teladan disebalik kisah ini. semoga kisah ini membawa kebaikan~
in shaa Allah~




Ada seorang pemuda yang bertakwa, tetapi dia sangat polos. Suatu kali dia belajar pada seorang syekh. Setelah lama menuntut ilmu, sang syekh menasihati dia dan teman-temannya: "Kalian tidak boleh menjadi beban orang lain. Sesungguhnya, seorang yang alim yang menadahkan tangannya kepada orang lain atau orang berharta, tak ada kebaikan dalam dirinya. Pergilah kalian semua dan bekerjalah dengan pekerjaan ayah kalian masing-masing. Sertakanlah selalu ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut."

Maka pergilah pemuda tadi menemui ibunya seraya bertanya: "Ibu, apakah pekerjaan yang dulu dikerjakan ayahku?" Sambil bergetar ibunya menjawab, "Ayahmu sudah meninggal. Apa urusanmu dengan pekerjaan ayahmu?" Si pemuda ini terus memaksa agar diberitahu, tetapi si ibu selalu mengelak. Namun, akhirnya si ibu terpaksa angkat bicara juga, dengan nada jengkel si ibu berkata, "Ayahmu dulu seorang pencuri."

Pemuda itu berkata, "Guruku memerintahkan kami--murid-muridnya--untuk bekerja seperti pekerjaan ayah kami masing-masing dan dengan ketakwaan kepada Allah dalam menjalankan pekerjaan tersebut." Ibunya menyela, "Hai! apakah dalam pekerjaan mencuri ada ketakwaan?" Kemudian anaknya yang begitu polos menjawab dengan tenang, "Ya, begitu kata guruku."

Lalu dia pergi bertanya pada orang-orang dan belajar bagaimana seorang pencuri melakukan aksinya. Sekarang ia telah mengetahui teknik mencuri. Inilah saatnya beraksi. Dia menyiapkan alat-alat mencuri, kemudian salat Isya' dan menunggu sampai orang-orang tidur. Kemudian dia mulai keluar rumah untuk menjalankan provesi ayahnya dengan penuh ketakwaan, seperti perintah gurunya. Dia mulai dengan rumah tetangganya.

Saat hendak masuk ke dalam rumah itu dia ingat pesan gurunya agar selalu bertakwa. Akhirnya rumah tetangga itu ditinggalkannya. Ia lalu melewati rumah lain, dia berbisik pada dirinya, "Ini rumah anak yatim, dan Allah melarang kita makan harta anak yatim."

Dia terus berjalan dan akhirnya tiba di rumah seorang pedagang kaya yang tidak ada penjaganya. Orang-orang sudah tahu bahwa pedagang ini memiliki harta yang melebihi kebutuhannya. "Haa, di sini," gumamnya. Pemuda itu segera memulai aksinya. Dia berusaha membuka pintu dengan kunci-kunci yang telah dipersiapkannya.

Setelah berhasil masuk, rumah itu ternyata besar dan banyak kamarnya. Dia berkeliling di dalam rumah, sampai menemukan tempat penyimpanan harta. Dia membuka sebuah kotak, didapatinya emas, perak, dan uang tunai dalam jumlah yang banyak. Dia tergoda untuk mengambilnya. Lalu dia berkata, "Eh, jangan! Guruku berpesan agar aku selalu bertakwa. Barangkali pedagang ini belum mengeluarkan zakat hartanya.

Kalau begitu, sebaiknya aku keluarkan zakatnya terlebih dahulu." Dia lalu mengambil buku-buku catatan yang ada di situ dan menghidupkan lentera kecil yang dibawanya. Sambil membuka lembaran buku-buku itu dia menghitung. Dia memang pandai berhitung dan punya pengalaman dalam pembukuan. Dia hitung semua harta yang ada dan memperkirakan berapa zakatnya.

Kemudian dia pisahkan harta yang akan dizakatkan. Dia masih terus menghitung dan menghabiskan waktu berjam-jam. Saat menoleh, ternyata fajar telah menyingsing. Dia bicara sendiri, "Ingat takwa kepada Allah! Kau harus salat subuh dulu!"

Kemudian dia keluar menuju ruang tengah, lalu berwudu di bak air untuk selanjutnya melaksanakan salat sunnah. Tiba-tiba tuan rumah itu terbangun. Dilihatnya dengan penuh keheranan, ada lentera kecil yang menyala. Dia lihat juga kotak hartanya dalam keadaan terbuka serta ada orang yang sedang melakukan salat.

Istrinya bertanya, "Apa ini?" Dijawab oleh suaminya, "Demi Allah, aku juga tidak tahu." Lalu dia menghampiri si pencuri itu, "Kurang ajar, siapa kau dan ada apa ini?" Si pencuri berkata, "Salat dulu baru bicara. Ayo pergilah wuduk lalu salat berjamaah. Tuan rumahlah yang berhak menjadi imam."

Karena khawatir pencuri itu membawa senjata, si tuan rumah menuruti kehendaknya. Tetapi--wallahu a'lam-- bagaimana dia bisa salat dengan khusyu'. Selesai salat dia bertanya, "Sekarang coba ceritakan, siapa kau dan apa urusanmu?" Dia menjawab, "Saya ini pencuri." "Lalu apa yang kau perbuat dengan buku-buku catatanku itu?" tanya tuan rumah lagi. Si pencuri menjawab, "Aku menghitung zakat yang belum kau keluarkan selama enam tahun. Sekarang aku sudah menghitungnya dan juga sudah aku pisahkan agar kau dapat memberikannya pada orang yang berhak." Hampir saja tuan rumah itu dibuat gila karena terlalu keheranan. Lalu ia berkata, "Hai, ada apa denganmu sebenarnya. Apa kau ini sudah gila?"

Mulailah si pencuri itu bercerita dari awal sampai akhir. Setelah tuan rumah itu mendengar ceritanya dan mengetahui ketepatan serta kepandaiannya dalam menghitung, juga kejujuran kata-katanya, serta mengerti akan manfaat dan kewajiban zakat, dia pergi menemui istrinya.

Mereka berdua mempunyai seorang anak gadis. Setelah keduanya berbicara, tuan rumah itu kembali menemui si pencuri, lalu berkata, "Bagaimana sekiranya kalau kau kunikahkan dengan putriku. Aku akan angkat engkau menjadi sekretaris dan juru hitungku. Kau boleh tinggal bersama ibumu di rumah ini." Ia menjawab, "Aku setuju." Di pagi harinya tuan rumah memanggil para saksi untuk acara akad nikah putrinya dengan si pemuda itu.

Rayyan's Blog

Tazkirah buat kita


Assalaamualaikum WBT.

Tazkirah buat semua....




Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun tersenyum sambil bergumam,
"Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, setan tersenyum lebar sambil berkata,

"Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" Ketika waktu asar hampir habis temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam. Kemudian ketika datang waktunya magrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahawa ia seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu. Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya, syaitan mulai panik. Dia tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !"

Dengan kehairanan manusia ini bertanya,

"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?".

"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar.

"Nenek moyangku dulu hanya sekali membantah perintah-Nya, iaitu ketika disuruh sujud pada Adam. sedangkan engkau, aku saksikan telah lima kali membantah untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak dapat aku bayangkan bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil berlalu pergi. 

Renungkanlah wahai hamba Allah..

 Rayyan's Blog~

Monday 15 April 2013

KELEBIHAN SURAH AL IKHLAS

Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah SWT melimpahkan keredhaanNya ke atas setiap hambaNya.
hari ni, ana sangat kecewa dan terkilan. dalam masa yang sama ana rasa sangat marah kepada seorang hamba Allah. Tetapi bila ana ambil wudhu untuk solat asar tadi, ana rasa semua perasaan itu pergi jauh. Dan bila dahi ana sentuh sejadah dapat ana rasa betapa kerdilnya ana. barulah ana sedar setiap orang melakukan kesilapan kerana tiada seorang manusia pun yang bersifat sempurna.
kita lupakan kisah ana tadi.
sekarang ana nak kongsikan kelebihan surah Al Ikhlas. ramai yang tahu baca tapi tahu tak surah Al Ikhlas itu sangat besar kelebihannya bila di amalkan.
nak tahu apa kelebihannya????
bacalah sampai habis entri ni.



"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ... bismillahirrahmannirrahim"
Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang  jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia  meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga."  (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya : "Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa  dua-tiga minit?" Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali Qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 

"Ketika saya(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca  surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala  dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan."

Sabda Rasulullah SAW lagi:

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu  itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...