Assalamualaikum wbt.
apa khabar hamba Allah sekalian??
ana sentiasa doakan kesejateraan kita semua.

hari ni, ana nak kongsikan satu pesanan yang unik dan bermanfaat.
dan pesanan ini juga datangnya dari bumi yang kita cintai.
eh?? bumi pun pandai berpesan??
setiap apa yang Allah ciptakan sentiasa berzikir padaNya.
macamana pula dengan kita manusia?? adakah kita berzikir dan sentiasa mengingati Allah SWT.???
biar bumi Allah yang indah ini yang sampaikan pesanannya pada manusia yang berada di atasnya..
ANAS bin Malik meriwayatkan bahawa
manusia sering alpa dan leka dengan nikmat dunia yang bersifat sementara.Beliau
berkata, saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia dan mengingatkan
manusia akan usia mereka yang semakin dekat ke penghujung kehidupan dan
peringatan supaya anak Adam merenung jumlah amalan mereka untuk dijadikan
bekalan selepas mati.
Katanya, sesungguhnya, setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara:-
l Wahai anak Adam!
Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak!
l Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan diazab dalam perutku!
l Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingat, engkau akan menangis di dalam perutku!
l Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan kecewa dalam perutku!
l Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan menyesal dalam perutku!
l Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dimakan oleh ulat dalam perutku!
l Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingat, engkau akan dihina dalam perutku!
l Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah, engkau akan jatuh dalam perutku dalam keadaan dukacita!
l Engkau hidup bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingat, engkau akan tinggal dalam kegelapan dalam perutku!
l Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingat, engkau akan keseorangan di dalam perutku!

Rayyan's Blog
No comments:
Post a Comment