Saturday 13 April 2013

Ujian Buat Kita


Assalamualaikum WBT.
rasanya dah lama tak post apa-apa dalam blog Rayyan ni. 
jadi kali ni ana nak cerita pasal ujian.
kalau cerita pasal ujian apa yang ada dalam fikiran kita??
sebagai pelajar mesti kita fikir ujian dalam sesuatu subjek. kalau pekerja, mesti fikir pasal penilaian.
tapi sebagai hamba Allah SWT ujian itu merangkumi semua dan sekecil apa pun dugaan yang kita tempuhi, itu bermakna Allah sangat menyayangi kita.

Jika kita imbas kembali Kehidupan para sahabat pada zaman Nabi Muhammad SAW, para sahabat akan risau bila segalanya berjalan lancar, contohnya;

sekiranya para sahabat sihat walafiat, mereka pasti berduka. sebaliknya kita lebih suka mengeluh bila sakit daripada berzikir dan mengingati Allah.

Astagfirullahalazim...

adakah kita masih dipedulikankan olehNya bila kita tidak menerima sebarang ujian dari Yang Maha Esa???

jika kita tidak mempedulikan Allah SWT, meninggalkan perintahNya, berpesta dengan laranganNya dan selalu melupakanNya, Allah tidak akan kurang satu apa pun. Namun Jika Allah tidak mempedulikan kita, tidak memandang kita maka kita adalah yang paling rugi sekali.

Maha Suci Allah....

wahai sahabat jangan sesekali sedih atau mengeluh apabila kamu diuji, kerana itu bermakna Allah itu Maha Menyayangi.

Allah sentiasa menyayangi hamba-hambaNya.

"
Kita tidak perlu membahaskan mengapa Allah memberi kita ujian dan apa yang telah Dia rancangkan untuk kita, tetapi fikirlah pasti ada hikmah disebalik ujian yang berlaku. Percaya dan yakinlah dengan janji Allah."

apa yang kita cari sebenarnya???
Carilah keredaan Allah SWT wahai hamba Allah. kerana tanpanya hidup kita tidak bermakna.
muhasabah diri~

Rayyan's Blog~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...