Sunday 21 April 2013

HACKS: Hanya Allah Cinta Ku Selamanya~ ^___^

Assalamualaikum WBT.
Wahai sahabat dan sahabiah yang ana kasihi.
HACKS, first impression???

hanya aku cinta kau seorang??? cam dalam filem & lagu tu???
Apa kata kita tukar kepada HANYA ALLAH CINTA KU SELAMANYA.
Bila kita buat macam ni sekaligus mengingatkan kita bahawa hanya cinta Allah SWT yang abadi.
Hanya cintanya yang membawa kebahagiaan.
Dan bila kita menyerahkan cinta kita padaNya, Allah akan mencintai dan memandang kita, dan juga seluruh alam akan mencintai kita.

Nak mendapatkan cinta Allah senang sahaja,
"Menurut perintahnya, meninggalkan larangannya"
tak susahkan?? Allah itu Maha Menyayangi dan Maha Pemurah.

"sesiapa yang mendapat cinta Allah, Allah akan memberitahu Jibrail bahawa Dia mencintai seorang hamba ini. Jibrail akan memberitahu penduduk langit bahawa Allah SWT mencintai hamba ini dan penduduk langit akan mencintai hamba itu sehingga Allah menjadikan penduduk bumi turut mencintai hamba itu. dan apabila Allah membenci seseorang hamba itu sebaliknya akan berlaku"


Beruntunglah sesiapa yang mendapat cinta Allah dan rugi besar apabila seseorang itu dibenci Allah, dia akan dibenci oleh penduduk langit dan penduduk bumi. Nauzubillahi min zalik.~

Bercerita tentang cinta Allah SWT, untuk penutupan entri ni ana nak kongsi doa sebaik-baik manusia dalam beribadah. siapa erk??
dialah Nabi Daud a.s yang sentiasa berdoa untuk memohon cinta Allah SWT.




"ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu. dan aku memohon amalan yang dapat menghantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah jadikanlah cinta-Mu lebih ku cintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin".



 Rayyan's Blog~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...