Assalamualaikum WBT.
siapa hamba Allah yang minat baca novel kat sini???
selalu ambik genre apa???
selalu ambik genre apa???
Ana pun sesekali baca novel juga kalau bosan.
HAH! Ni ana nak kenalkan novel yang baru ana baca, tapi mungkin ada yang dah bacakan. Ana nak bagi hamba Allah semua baca sinopsis novel ni. Novel ni menceritakan kisah seorang anak gadis yang berkahwin muda dan bersuamikan seorang uztaz. Pengisiannya pun bagus. Dalam novel tu ada banyak ilmu yang boleh kita dapat dan ada diselitkan hadis & sunnah Rasulullah SAW, hukum-hukum dalam islam, dan juga banyak pengajaran. Banyak lagi yang buat ana suka baca novel. Satu lagi, novel ni sesuai untuk lelaki mahupun perempuan. jadi jenguk-jenguklah kedai buku berhampiran tu. Sekadar berkongsi~
Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?
“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu
pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir
hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih
sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka.
Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?
“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab
masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada
aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau
sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz
Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak?
Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”
Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa
hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau
perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?
“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well,
kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni
sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku
harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah
berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka
berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan
cita-citanya kesampaian?
Rayyan's Blog~
No comments:
Post a Comment