Saturday 16 March 2013

Rindui RASULULLAH SAW~

Assalamualaikum WBT.
nak tahu tak??
Rasulullah SAW tahu yang umatnya yang tidak pernah melihat Rasulullah SAW  amat merinduinya.
macammana kita nak tunjukkan kita sayang dan rindu Rasulullah SAW??
ikutlah sunnahnya, selawat ke atasnya.

sehingga nafas terakhir Baginda pun, Rasulullah SAW masih menyebut umatnya yang dipanggil umat akhir zaman.
mari sama-sama selawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Mereka yang memandikan jasad Rasulullah SAW adalah ahli keluarga Baginda SAW :

  • Ali Bin Abi Tolib
  • Abbas bin Abi Tolib 
  • Anak ibnu Abbas
  • Usamah bin Zaid  

Dan beberapa orang sahabat. 

Usamah bin Zaid telah menyiram jasad Junjungan dengan air. Usamah tidak sampai hati menyentuh jasad Rasulullah SAW, beliau hanya mampu memandikan Rasulullah SAW di atas baju Baginda sahaja. 

Rasullah SAW telah dikafankan dengan 3 helai kain. Saidina Abu Bakar telah memegang kepala Baginda dengan penuh kehormatan lalu meletakkan tanah dengan penuh kemulian ke atas wajah Baginda Junjungan kita. 

Sesetengah riwayat mengatakan, setelah dua bulan Baginda wafat masih ada lagi para sahabat dari seluruh dunia datang menziarahi makam Rasulullah SAW dengan penuh kesedihan kerana mereka tidak sempat melihat wajah Rasulullah SAW yang mulia. 

Tanamlah sifat kecintaan kepada Rasulullah SAW dalam jiwa anak-anak kecil yang baru mengenal dunia agar benih kecintaan subur mekar apabila mereka dewasa kelak.

Cintailah Rasulullah SAW kerana rasa Cinta itu tidaka akan merugikan kita di dunia mahupun di akhirat.

Kekasih Allah SWT (Nabi Muhammad SAW) sentiasa merindui selawat dan salam dari mereka yang mencintainya.......

Rayyan's Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...