Wednesday 27 March 2013

Seimbangkan Dunia dan Akhirat

 
Assalamualaikum w.b.t...
Bila cerita soal dunia, kita tahu, kita rasa, kita nampak apa yang ada di dunia. Tetapi bila cakap pasal akhirat kita hanya ada gambarannya sahaja. Kita sibuk mengejar kekayaan, kemewahan, dan apa yang ada di dunia. Tapi pernahkah kita terfikir bahawa semua itu tidak dapat membantu di akhirat kelak???
Kita boleh sahaja mencari kekayaan yang ada di dunia tetapi seimbangkanlah dengan apa yang kita sediakan untuk dibawa di akhirat kelak. Terpulanglah pada kita untuk memilih syurga atau neraka tetapi bukankah setiap hamba Allah ingin ke syurgaNya yang indah.
Dalam kita mencari kesenangan di dunia, jangan lupa untuk mencari keredaan Allah, dan amalan untuk dibawa ke akhirat kerana apa yang ada di dunia ini hanya sementara. 
Syurga, satu tempat di mana tiada satu tempat pun yang setara dengan keindahannya. namun layakkah kita untuk berada di sana??
Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan lelaki yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
Neraka, satu tempat yang tiada bandingan dengan apa yang ada di dalamnya.
adakah kita  terpilih untuk memasukinya???
nauzubillah...minta dijauhkan...
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
sama-sama kita muhasabah diri...
Rayyan's blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...