Sunday, 5 May 2013

Surah Al-Khafi (18:4)


Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(Al-Kahfi 18:14

Assalamualaikum wbt.
ermm~

sahabat, apa pendapat antum dengan surah Al-Khafi di atas tu??
Iman adalah suatu yang sangat berharga pada setiap hamba Allah SWT yang hidup di atas muka bumi ini.
tanpa iman kita akan menjunam dan sia-sia.
hari ni ana tak nak conteng banyak-banyak.
ana nak antum hayati potongan surah Al-Khafi di atas.
dan juga keseluruhan Surah Al-Khafi.


Rayyan's Blog~




Friday, 26 April 2013

Ana Pun Insan Biasa~

Assalamualaikum WBT.
Wahai hamba Allah yang dikasihi.
dah berzikir?? Ingat pada Allah selalu ya.

Sehebat mana diri kita yang sebenar?? mampukah kita menjaga iman pada akhir zaman ni?? Manusia sekarang sukar untuk menerima nasihat dan tidak boleh menerima teguran.
Dan bila ana beri nasihat pada orang sekeliling ana, mereka akan kata, "dah tahap mana ilmu kau nak kata macam tu kata aku??".
 
Astaghfirullahalazim~
 
Nak sampai tahap mana baru kita boleh tegur seseorang?? ana juga insan biasa. selalu silap dan tidak lari dari melakukan dosa. ana cuma nak ikut perintah Allah iaitu "amar makruf nahi mungkar"
sentiasa saling berpesan dan ingat mengingati. Bila ana berpesan dan menasihati seseorang, sebenarnya ana mengingatkan diri ana sendiri.


 Ana ibarat seorang bayi yang merangkak mencari susu bila dalam bab keagamaan. Ana nak perbaiki diri ana. jadi ana nak orang sekeliling ana pun sama-sama mencari redha Allah SWT.

Ana tak sehebat Nabi Muhammad SAW. Tetapi ana berusaha tuk mengikuti langkahnya. Ana mengimpikan Rasulullah SAW menyambut ana dan semua umatnya dengan senyuman di hari kita semua dihisab.
In shaa Allah~

Ana mahu berubah kerana Allah SWT. Ana mahu diakui oleh Rasulullah SAW, Kekasih Allah. Ana mahu sahabat-sahabat ana berada di jalan Allah. Sama-sama berjuang menegakkan agama Allah.

ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~
ALLAHU AKBAR~

Rayyan's Blog~


Wednesday, 24 April 2013

BILA HATI TELAH BERKARAT

Assalamualaikum WBT.
Ana nak cerita sikit pasal hati manusia.
Bolehkah hati manusia berkarat macam besi????
macam mana pula nak buat hati tu bersinar kembali???
jum lihat apa jawapan Rasulullah SAW. ^__^
 

Dosa yang dilakukan dan kelalaian dalam mengingati Allah akan menyebabkan hati menjadi berkarat. Hati yang rosak ini akan menyebabkan diri manusia itu semakin jauh dari Allah dan semakin tersesat dari jalan yang benar.

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dirosakkan oleh air." Seorang sahabat telah bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati itu bersinar kembali?" Maka jawab Rasulullah, "Banyakkan mengingati maut dan membaca Al Quran."
 
Riwayat Baihaqi dari Ibn Umar.

Rasulullah bersabda : "Seseorang yang tiada mempunyai sebarang ayat (Al Quran) pun dalam hatinya adalah seumpama sebuah rumah yang kosong." Riwayat At Tirmizi.

Rayyan's Blog~

Monday, 22 April 2013

Ujian itu Kekuatan :)

Assalamualaikum WBT.
Wahai hamba Allah yang di kasihi sekalian.
Semoga kita berada di dalam redha Allah. sepanjang hari ni ana rasa berdebar-debar. tak tau kenapa. Mungkin sebab nak final exam da. tapi ana tak pula rasa sebab tu. tak pa lah. Ana nak kongsi luahan hati seorang sahabat ana yang sangat ana kasihi. 

 
"aku insan lemah,..masih banyak lg yang perlu aku perbaiki . .Dalam menyusuri kehidupan ini..banyak rintangan yang terpaksa aku tempuhi....berbagai ujian yang di berikn kpd ku.kadang aku lemah dan tersungkur dalam menangani ujian tersebut.Tapi jatuh nya aku bukan untuk selamanya .Dengan berbekalkan semangat yang ada serta iman yang senipis daun bawang ..aku gagahi diri untuk terus berjuang. Dengan bergantung harapan dan redha ILLAHI bersamaku..aku mencari sinar cahaya yang tersembunyi jauh di penghujung jalan.Dengan harapan agar aku tetap tabah dan sabar dalam mencari sinar cahaya itu.Semoga suatu hari aku temu cahaya itu."


Dalam menempuh hidup ni ada banyak ujian yang perlu kita lalui tetapi tahu tak??
Allah beri kita ujian untuk jadikan kita lebih kuat.

Allah Maha Hebat~
PerancanganNya sangat indah dan teratur hinggakan kita tidak pernah bayangkan pun.

Pernah terfikir tak??? 
Apa yang Allah dah sediakan untuk kita adalah yang terbaik untuk kita.
Kenapa ana tanya macam tu??? 
Sebab hampir semua hambanya mengeluh dengan takdir mereka.
Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Sebab tu Doa + Usaha + Tawakal adalah sangat penting dalam kehidupan.

Ana nak kongsikan sekadar peringatan buat antum semua dan juga buat diri ana sendiri. sebab ana bukanlah manusia yang sempurna. Ana perlukan bimbingan dari sahabat dan antum (hamba Allah SWT). Semoga Allah memberikan kita rahmat dan keredhaanNya.

Rayyan's Blog~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...