Friday 6 June 2014

Serangan Hantu Alaf Baru

Assalamualaikum readers...
good to be here again..
Alhamdulillah masih bernafas dan masih bertenaga untuk menulis. setelah beberapa bulan barulah dapat menyambung pengisian blog yang terbiar lama ni. Baru-baru ini ana ada membaca satu buku motivasi dan salah satu topik kecilnya adalah tajuk post kali ini.

Zaman sekarang ada banyak filem hantu tidak kira filem melayu, korea, cina, jepun dan termasuklah cerita orang putih atau dari negara barat serta banyak lagi negara yang memaparkan cerita hantu atau seram. Percaya atau tidak itu terpulang pada yang menontonnya. Tetapi bagi ana filem begitu hanya hiburan dan tidak ada kena mengena dengan dunia nyata kita. 

Berbalik kepada tajuk kita serangan hantu alaf baru. Siapa sebenarnya Hantu Alaf Baru ni??
Budaya Hedonisme adalah salah satu 'hantu' alaf baru. sering kita lihat anak-anak muda zaman sekarang terikut-ikut dengan budaya barat dan cara hidup mereka. 'Hantu' alaf baru ini merebak umpama virus yang sukar dikawal malah sukar untuk ubati dan diberikan penawar. 

Tidak perlu dihurai panjang kerana ana yakin pembaca sekalian faham dan mengerti apa yang cuba untuk disampaikan. Apa sebenarnya usaha kita untuk membanteras 'hantu' alaf baru ini??
Atau kita tidak peduli lansung malah terus sama terbuai dengan hiburan yang tersedia??

Senjata perang zaman dulu tidak lagi sesuai dengan musuh dengan musuh alaf baru ini. Iman dan takwa perlu diperkuatkan lagi. Ibu Bapa perlu menguatkan ilmu agama anak-anak yang sedang dalam proses pembesaran atau proses meningkat remaja. dan perlu sentiasa mengatur strategi baru untuk melawan dan mengalahkan 'hantu' yang 'merasuk' anak-anak muda ini.

Sama-samalah kita mengatur strategi untuk melawan tentangan musuh zaman moden ini kerana amar makruf nahi mungkar itu adalah AMANAH kita sehingga akhirat kelak.

wallahualam...

Rayyan's Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...