Saturday 7 June 2014

JANGAN NAK MENGAJAR AKU!

Assalamualaikum readers,
Tajuk ni sekali pandang rasa semacam. Siapa yang nak diajar dan siapa yang mengajar??Belajar di sekolah, di rumah atau dimana-mana sahaja itu perkara biasa bila orang yang lebih dewasa mengajar kanak-kanak atau remaja atau orang yang lebih tua mengajar orang yang lebih muda. Tetapi jarang kita dengar bila orang yang lebih muda dari kita mengajar kita.

Sebenarnya ini selalu berlaku, namun adakalanya ada segelintir masyarakat kita sukar untuk menerimanya. Mereka berpendapat mereka yang lebih tua mengetahui segalanya, walhal ada ilmu yang kita belum tahu atau tidak tahu tetapi diketahui oleh orang yang lebih muda dari kita.
Sepotong ayat yang selalu diucapkan oleh masyarakat apabila ada orang yang lebih muda mengajar mereka. “JANGAN NAK MENGAJAR AKU” hah! Ayat ini selalu meniti dibibir mereka dan diikuti dengan “AKU LEBIH DULU MAKAN GARAM DARI KAU” ( apa kena mengena garam dengan hal ilmu? ) ana faham erti perumpamaan ini. Maknanya dia lebih dulu kenal dunia ini tetapi apasalahnya bila kita cuba untuk mendengar pendapat orang yang lebih muda mungkin idea mereka bernas.

Teringat cerita tentang tawakal anak kecil. Apabila dia melepaskan tangkapan ayahnya untuk makanan mereka dan ayahnya mememarahi anak kecil itu. Apabila ditanya mengapa diamelepaskan ikan-ikan itu anak kecil itu menjawab bahawa ikan-ikan itu sedang berzikir kepada ALLAH dan dia tidak mahu memakan makhluk yang berzikir kepada Maha Pencipta. Mereka pulang ke rumah tanpa tangkapan namun si anak memujuk ayahnya dengan berkata bahawa rezeki ALLAH itu luas dan ada dimana-mana. Sesampai dirumah hidangan tersedia tanpa diketahui siapa yang memasaknya. Ayah anak kecil itu insaf dan memohon keampunan dari ALLAH.

Mungkin cerita itu tidak seluruhnya sama dengan tajuk namun ada kaitan yang membolehkan kita berfikir pentingnya menerima pendapat orang yang lebih muda dari kita.
Coretan ana ini tidak bermaksud semua pendapat perlu dituruti namun perlu dipertimbangkan baik buruknya pendapat itu terlebih dahulu.

Apa sebenarnya yang cuba ana sampaikan?
Ana mahu kita hidup menghormati pendapat orang lain. walaupun yang mengeluarkan pendapat itu anak kecil atau remaja. cubalah untuk menerima pendapat mereka tanpa ditolak mentah-mentah dan menyinggung perasaan mereka. adakalanya ini yang membuatkan anak-anak menjauh dari kita, protes dan memberontak. muhasabah diri...

Wallahualam….


Rayyan’s Blog

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...